26 Disember 2016 - 06:31
Trump Akan Mansuhkan 70% Arahan Eksekutif Obama: Newt Gingrich

Bekas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan timbalan pengerusi pasukan transisi Trump, Newt Gingrich pada hari Ahad mendakwa bahawa bakal Presiden A.S itu akan memansuhkan kebanyakan daripada arahan eksekutif Obama apabila memasuki Rumah Putih kelak.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dan timbalan pengerusi pasukan transisi Trump, Newt Gingrich pada hari Ahad mendakwa bahawa bakal Presiden A.S itu akan memansuhkan kebanyakan daripada arahan eksekutif Obama apabila memasuki Rumah Putih kelak.

Gingrich yang merupakan penasihat tidak rasmi Trump berkata bahawa jutawan hartanah itu akan memansuhkan sekita 60 hingga 70 peratus daripada arahan eksekutif yang pernah dikeluarkan oleh Presiden Obama.

Pada 8 November lalu, Trump berjaya mengalahkan Hillary di dalam pilihan raya presiden negara itu. Belia dijangka akan mengangkat sumpah pada 20 Januari ini. Sepanjang kempen pilihan rayanya, Trump berulang kali berjanji untuk memansuhkan banyak perubahan yang dibuat oleh Obama sebelum ini.